Pola PERCUMA – Topeng Muka tanpa Elastik

Ini topeng muka kain tanpa elastik versi kami. Ia datang dengan slot untuk memasukkan penapis!

Kami kehabisan elastik dan perlukan alternatif kepada topeng muka kain berelastik. Topeng muka tanpa elastik ini sesuai untuk pemakai tudung, mereka yang memakai penutup kepala lain, atau yang mencari versi ikat belakang. Ini tutorial bagaimana untuk menghasilkan satu:

Anda perlukan:

  • Pola Menjahit PDF – Topeng Muka tanpa Elastik 
  • Kain Luar (berukuran dalam 20 cm x 20 cm)
  • Kain Dalam (berukuran dalam 20 cm x 20 cm)
  • Kain untuk tali 

1. Muat turun dan cetak pola menjahit PDF – Topeng Muka tanpa Elastik disini.

2. Potong helaian kertas dan kain yang diperlukan. Jangan lupa lipat kain di bahagian yang dicatatkan dalam pola.

3. Untuk helaian yang terdapat bentuk separa, cantumkan bentuk tersebut menggunakan pita pelekat.


4. Setelah anda ada semua bahagian, mari menyediakan tali. Anda boleh juga menggunakan pita ‘binding’. Ataupun, jika anda mempunyai pembuat pita ‘binding’ bolehlah membuat sendiri pita tersebut dan Langkah 5 boleh diabaikan.

5. Menyediakan Tali 

a) Cucukkan satu pin menjahit ke dalam span papan seterika. Lebar tengah perlulah berukuran 2 cm

b) Lipat bahagian hujung 1 jalur ke bahagian dalam dan tolak jalur tersebut bawah pin yang telah disemat ke dalam papan sterika. Strerika dan tekan bahagian yang berlipat ini. Setelah selesai, lipat sekali lagi dan strerika sekali lagi.

Sekarang, kita kembali membuat bahagian lain topeng muka.

6. Tindih ke dua-dua segi empat tepat bersama. Pasti kedua-dua corak menghadap satu sama lain (salah satu kain kami tidak bercorak). 

7. Pin dan jahit lurus gi bahagian kanan dan kiri segi empat tepat. Terbalikkan segi empat tepat dari dalam ke luar dan gunakan strerika untuk menekan kemas jahitan

8.  Sekarang, dengan gunakan garisan-garisan pendek yang terdapat pada pola sebagai rujukan, lipat segi empat tepat tersebut dalam bentuk zig-zag (lipatan atas dan ke bawah) 

9. Pinkan lipatan-lipatan tersebut dan jahit lurus pada bahagian tepi kanan dan kiri. Kami suka jahit dua kali pada bahagian ini untuk kukuhkan lipatan.

10. Tandakan bahagian tengah segi empat tepat yang telah dilipat dan juga pada bahagian tengah tali.

11. Suaikan bahagian tengah keduanya dan lipatkan jalur tali keatas dan bawah bahagian yang telah dilipat

12. Lipat hujung tali kedalam dan sematkan pin. 

12. Sekarang, jahit di sepanjang tali untuk cantumkan kedua bahagian ini.

13. Tahniah! Topeng muka anda telah siap! 

Bahagian Tambahan Jika Perlu: Menambah bahagian klip hidung.

Jika anda rasa perlukan kawasan hidung yang lebih selesa, anda boleh gunakan semula jalur besi pada topeng muka pakai buang yang telah digunakan.

Tetas semua beberapa jahitan dari tali atas di bahagian dalam. Kemudian, selitkan jalur besi dan jahit semula bahagian tetas. 

Anda boleh juga memasukkan jalur besi sewaktu Langkah ke 11. Tetapi, untuk kami, selepas menyiapkan topeng muka, barulah kami terpikir untuk memasukkan jalur besi. Semoga tutorial ini dapat membantu anda!

Selamat menjahit!

Share:

Leave a Comment

Your email address will not be published.

TOP

Save & Share Cart
Your Shopping Cart will be saved and you'll be given a link. You, or anyone with the link, can use it to retrieve your Cart at any time.
Back Save & Share Cart
Your Shopping Cart will be saved with Product pictures and information, and Cart Totals. Then send it to yourself, or a friend, with a link to retrieve it at any time.
Your cart email sent successfully :)

X